ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.


1. Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan kawalan pengurusan kewangan - PM

Ketegasan dalam menguruskan kewangan juga mampu untuk memberikan lebih banyak manfaat serta barakah selepas ini kepada kumpulan terbabit.



2. Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur

Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur dalam kejadian di Kampung Apa-Apa di Gelang Mas.


3. Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai

Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.


4. Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim, dua mangsa selamat

Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai di sini hari ini.


5. Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.


6. UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


7. Kerajaan Madani berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Madani memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.


8. Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).


9. Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki

Polis menahan 28 lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.


10. Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan

Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu